Header Ads

Adik Afdlin Shauki Meninggal Dunia


Pengarah dan pelakon Datuk Adflin Shauki mengesahkan adiknya Jefri Adzman Aksan meninggal dunia jam 5.14 petang semalam. Berita sedih itu disampaikan Afdlin sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara. Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.

"Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya. " tulisnya di laman Instagram.

View this post on Instagram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara. Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman. Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya. Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep... Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


Sebelum ini, pelakon Bikers Kental itu memohon orang ramai mendoakan adiknya, Jefri selepas dia dimasukkan ke hospital berkenaan selepas terlibat dengan satu kemalangan pada petang Ahad lalu.

"Dia adalah adik yg terbaik yg mana mana abg akan ada. Tolong selamatkan beliau, orang baik ini dan pulihkanlah dia seperti sediakala. Aku hambamu yang hina memohon padamu ya Allah. Selamatkanlah beliau!" doa Afdlin.

Afdlin juga memohon kepada teman-teman dan saudara-mara untuk mendoakan adiknya supaya dipermudahkan segala urusan.

"Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep... Yeop sayang kau jep," tulis Afdlin.
Powered by Blogger.