Header Ads

"Abang Tulang Belakang Mak", Dituduh Sengaja Tinggal Mak Di R&R - Adik Perjelas Punca Sebenar


Tempoh hari telah tersebar di media sosial mengenai seorang ibu yang berusia 75 tahun dikatakan telah ditinggalkan bersendirian di Kawasan Rehat & Rawat Bukit Besi dan ada abang-abang JPJ membantu ibu berkenaan untuk dihantarkan ke Balai Polis.

Perkara ini tersebar dan menjadi bualan ramai setelah ibu berkenaan selamat bersama ahli keluarganya. Namun seperti biasa, banyak andaian dan fitnah di media sosial berlaku sehinggakan ada yang sanggup menghukum tanpa usul periksa.

Si anak kejam, sama macam Tanggang

Kami sempat melihat beberapa komen yang mengatakan anak yang meninggalkan ibu ini adalah secara sengaja kerana tidak mahu menjaga orang tua dan ada juga yang samakan perkara ini seperti kisah Si Tanggang.



Berikutan dengan tuduhan dan tomahan yang dilemparkan kepada mereka sekeluarga, adik kepada abang yang bersama ibunya tampil memberikan penjelasan. Dr Batiah Mahadi juga turut berkongsi akan sikap abangnya yang dilihat patut diberitahu kepada semua orang selepas menerima banyak tuduhan. Berikut merupakan perkongsian Batiah Mahadi di Facebooknya:

Cerita dah selesai. Tak perlulah nak viralkan lagi.

Update terkini tentang mak saya...seperti yang dijelaskan oleh adik saya Dora Madie.

"Assalamualaikum semua.. ni Mak sy.. cerita yg x enak nyer abg sy bwk mak beraya di terenganu.. dia dlm keadaan tidak sehat demam.. isterinya pula tengah tidur ms tu mak pula duduk dibelakang.. mak keluar dr kereta tanpa pengetahuan abg sy.. so bile abg sy yg mamai msuk kereta dia tak check pula mak ade ke x.. mak sy sakit jantung dan buta huruf.. bile sy tahu hal ni dr abg ipar.. sbb dah viral.. sy pon mcm nk pengsan.. semua org sy call hanya dapat ckp dgn kaklong sy di terengannu.. mak dah selamat dikerumah akak long sy.. pihak polis call skolah kakak sy dah dapat hubungi dia dan bgtau mak sy ade di balai polis anak saudara sy menjemput nenek nyer.. manakala abg sy pula telah berpatah-balik sebaik sedar mak tiada dibelakang kereta dan call anak2 saudara srh cr nenek mereka secepat mungkin di RnR tu.. gitu lah ceritanya.. semua ini menjadi pengajaran supaya lebih teliti bile pergi berjalan jauh dgn org tua yg perlu lebih perhatian..

Terima kasih buat abg2 JPJ dan abg2 Polis yg banyak membantu dan bertindak cepat!!

Terima kasih jg buat semua yg memgambil berat dan doa-doa yg baik..

mak sy dikelilingi anak2 yg syg kan dia.. xpernah ditingalkan keseorangan.. duduk pon skali dgn anak2 lelakinya 3 family.. mana mungkin mereka nak tinggalkan mak tersayang ni dgn sengaja.. Allahhuakbar.. selalu kwn2 mak jeles sbb anak2 mak selalu jaga mak dgn baik.. tapi bile Allah nk bg ujian.. siapa kite dapat menghalang nya.. kecuaian tu tetap salah.. bg kami..,"


Kami sekeluarga maafkan sahaja. Biar Allah saja yang menghitung semua.

Kami sekeluarga maafkan sahaja. Walaupun banyak sgt yang tak betul. Kata-kata tohmahan dan mcm2 dilemparkan pd kami. Tak apa Allah ada. Biar dia saja yang menghitung semua.

Bagi setiap cacian, tohmahan dan prasangka buruk. Allah tahu bagaimana kami jaga mak. Abang saya tu jaga mak sejak dulu. Dia tulang belakang mak. Jual nasi lemak dengan mak. Sejak ayah meninggal 29 tahun dulu. Sejak abg usia 19 tahun. Malahan mak manja dgn abang. Abang pun kawin lambat umur 40. Cuma abang tersilap kali ini. Allahu...abang memang benar-benar terlepas pandang. Abang kami tu baik orangnya. Pernah orang hutang dia rm4000 abang halalkan saja wpun dia bukan kaya pun.

Dulu2 kalau kami nakal...bila mak nak pukul kami, abang akan tunggu sedangkan kami lari. Kami tahu kasih abg pada mak. Tak apalah cakaplah apa nak cakap tapi kami adik beradik tahu abg kami mcm mana. Kami serah semua pada Allah. Allah Maha Mengetahui dan sebaik-sebaik hitunganNya.


Oh! Media: Bagi kami, janganlah kita cepat menilai dan menghukum sesuatu perkara tanpa usul periksa. Walaubagaimanapun, kejadian ini pasti ada hikmahnya dan kita hanya perlu mengambilnya dari sudut positif untuk menjadi peringatakan kepada diri kita. Mudah-mudahan.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.