Header Ads

Abang Botak Dibebaskan Selepas 6 Hari Bermalam Dalam Penjara


Setelah enam hari bermalam di dalam penjara, akhirnya 'Abang Botak' atau Danial Tan Abdullah dibebaskan sementara setelah Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan pengangguhan perlaksanaan hukuman itu.

Sebelum ini telah tersebar di satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki bertindah memecahkan cermin kereta dengan menggunakan topi keledar dan suspek telahpun dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman berlangsung di hadapan Majistret Nur Shahira Abdul Salim. Mahkamah turut menetapkan RM6000 sebagai jaminan dan memerintah suspek Danial Tan Abdullah untuk melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan.\

Dalam masa itu juga, suspek turut memohon agar semakan terhadap hukuman penjara selama 12 bulan dilakukan yang dihantar kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu yang diwakili peguam Nur Rafiuddin Maswari.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.