Header Ads

Treble Reunion - Manchester United Tampil Garang Dengan Beckham dan Solskjaer


Sejak bersara pada tahun 2013, ini kali pertama Sir Alex Ferguson kembali mengendalikan Manchester United dan berdiri di tepi padang sebagai pengurus pasukan bersama pembantunya yang merupakan bekas jurulatih England, Steve McClaren, yang juga bersamanya 20 tahun lalu.. Awal pagi tadi skuad juara treble 1999 kembali beraksi menentang Bayern Munich dalam perlawanan amal dengan menyaksikan mereka menang 5-0 di Old Trafford.

Perlawanan itu turut melibatkan aksi pengurus pasukan United yang terkini iaitu, Ole Gunnar Solskjaer yang turut berjaya meledak gol. 20 tahun yang lalu, Solskjaer menjaringkan gol di saat-saat akhir bagi membantu skuad kendalian Sir Alex Ferguson menewaskan Bayern di final Liga Juara-Juara.






Seperti 1999, pemain tengah England, David Beckham menonjolkan kemampuannya melakukan hantaran, Jaap Stam tidak menunjukkan sebarang belas kasihan di bahagian pertahanan dan Paul Scholes mengetuai bahagian tengah.

Dalam aksi ini, Bayern Munich turut menghantar bintang mereka yang turut disertai Lothar Matthaus, Stefan Effenberg, Sammy Kuffour dan Carsten Jancker yang turut disenaraikan dalam kesebelasan utama 1999, selain bekas pertahanan Manchester City, Martin Demichelis.

Untuk pengetahuan korang, pada tahun 1999, United memenangi tiga gelaran Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara sekali gus menjadi satu-satunya pasukan Inggeris memenangi gelaran treble semusim.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.