Header Ads

Tiada Duit Raya Untuk Peneroka Felda Setakat Ini - Azmin Ali


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Azmin Ali menyatakan bahawa setakat ini tiada cadangan untuk pemberian duit raya akan kepada peneroka Felda. Ini bagi mengulas permintaan Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) meminta agar kerajaan menyampaikan duit raya atau bantuan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini kepada peneroka Felda susulan pendapatan peneroka yang tidak stabil mengikut harga komoditi kelapa sawit semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Azmin Ali juga berkata, kerajaan tidak boleh memberikan sebarang janji kepada peneroka memandangkan keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan nasib dan kebajikan mereka dapat dibela dalam jangka masa panjang. Walaubagaimanapun, kerajaan akan salurkan dulu pinjaman sara hidup dan juga pendahuluan hasil kepada peneroka Felda, dan memastikan semua duit ini disalur sebelum hari raya," tambahnya lagi.

Sumber: Awani
Dikuasakan oleh Blogger.