Header Ads

Terima Notis Untuk Hadir Ke Pejabat Agama Sebab Ponteng Puasa!


Seramai empat orang diberikan notis untuk hadir ke pejabat agama kerana ponteng puasa di khalayak orang ramai dalam Op Ponteng Puasa oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) di beberapa lokasi di Sungai Petani semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Undang-Undang Syariah, Sheikh Azhari Mohamad berkata operasi Op Ponteng Puasa bermula dari pukul 10 pagi, bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang peraturan undang-undang Islam dalam bulan puasa di negeri itu.

"Mereka yang melakukan kesalahan ini telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat agama mengikut Seksyen (14)b  Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah kerana kesalahan makan dan minum di tempat awam di bulan puasa" katanya.

Menurut beliau, mereka yang didapati bersalah atas ponteng puasa boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.




Powered by Blogger.