Header Ads

Tema Hari Guru Tahun Ini Lebih Bermakna


Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh paling bermakna bagi seorang guru dimana hari berkenaan mereka dihargai atas usaha mereka memerah tenaga dan keringat untuk mendidik anak bangsa kearah kejayaan.



Kebiasaanya guru yang menjadi kesukaan para pelajar paling banyak dapat hadiah atau cenderamata dari pelajar kesayangan mereka. Paling pasti, ramai yang akan dapat cawan porselin dengan corak sempena hari guru. Tiap tahun guru-guru ini tak perlu beli cawan sendiri bila pecah kerana masih ada cawan pemberian dari pelajar-pelajar.

Pada hari ini juga, ada diantara guru yang menunjukkan bakat masing-masing seperti nyanyian ataupun deklamasi puisi atau sajak. Ada yang akan nyanyi ikut gaya Jamal Abdillah, paling kurang pun M Nasir. Manakala yang mendeklamasi sajak atau puisi akan cuba sebaik mungkin agar mesej puisi dan sajak itu sampai.

Walaubagaimanapun, tugas guru kian mencabar dimana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar seiring dengan matlamat Pendidikan Abad ke 21 (PAK21) menerusi dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Peredaran zaman dan perkembangan teknologi tidak pernah merubah tugas hakiki seorang guru iaitu mendidik dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada seluruh pelajar.

Jadi dengan tema, "Guru, Obor Hemah Meyinari Pertiwi", sambutan hari guru akan dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Pulau Pinang.



Dikuasakan oleh Blogger.