Header Ads

Sony Hentikan Penjualan Produk Untuk Rakyat Malaysia


Akhirnya Sony Malaysia terpaksa akur dengan sambutan pemasaran produk telefon pintar mereka di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan kurangnya promosi dan penawaran terbaru dari mereka seperti model flagship Sony Xperia XZ3 juga tidak dibawa masuk ke Malaysia sebelum ini.

Menurut laporan XperiaBlog, Sony tidak akan lagi memfokuskan penjualan telefon pintar mereka di Malaysia dan ini juga termasuk beberapa negara di Eropah, Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

Sony sebelum ini juga telah mencapai kerugian yang ketara dan sedang merangka strategi untuk terus menjana keuntungan sekitar tahun hadapan. Sony dahulunya sangat kuat dan popular, tetapi diharapkan mereka mampu bersaing semula agar tidak menjadi seperti Nokia dan lain-lain.

Powered by Blogger.