Header Ads

Pengarah Russo Sahkan Loki Masih Hidup


Jika korang masih ingat, Loki yang merupakan adik kepada Thor telah pun mati dengan tragik semsaa dalam Avenger: Infinity War apabila dicekek oleh Thanos. Namun, Pengarah Anthony Russo telah mengesahkan bahawa watak Loki masih hidup dan berada di suatu alam yang lain.

Bila difikirkan, ada satu babak di dalam Avengers: Endgame, Loki masa lalu telah berjaya mengambil Tesseract semasa ia tiba-tiba tergelincir di kakinya dan mengambil kesempatan untuk menghilangkan diri.



“Ketika Loki teleport bersama Space Stone, dia membuat garis masanya sendiri. Ia sangat rumit dan mustahil untuk Captain America memperbetulkan garis masa kecuali dia menemui Loki.

"Setibanya Loki mengambil Space Stone, dia mencipta beberapa cabang realiti," kata Joe Russo, seperti dilaporkan oleh Business Insider.

Nampaknya, peminat Tom Hiddleston masih ada harapan untuk melihat dia berlakon sebagai Loki yang dijangka bakal dikeluarkan dalam satu siri eksklsif di siaran Disney+ tidak lama lagi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.