Header Ads

Kuih Raya Paling Mudah Nak Buat Dan Sedap Tanpa Menggunakan Oven


Lagi tiga minggu je nak raya. Kejap je kan? Korang dah ready belum nak sambut Hari Raya Aidilfitri? Persiapan raya dah complete? Ada yang dah beli baju raya awal-awal. Ada yang dah buat kuih raya. Ada yang malas nak buat kuih raya sebab nak kena bakar dekat oven, oven pula tak ada. Macam-macam ragam orang Malaysia ni. Haaaa bagi yang malas nak buat kuih raya sebab tak ada oven ataupun korang satu habuk pun tak buat lagi kuih raya sampai sekarang.

Apa kata korang cuba resepi kuih raya paling mudah dan sedap ni? Nama kuih ni ialah Choco Ball. Makcik, pakcik, kakak, abang dan adik yang suka sangat makan coklat boleh cuba tau. Mudah je, yang penting tak perlu susah payah nak pakai oven.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan Nestum
  • 1/2 cawan susu pekat manis 
  • 1 botol kecil peanut butter (170gm)
  • Badam cincang (terpulang nak guna banyak mana)
  • Chocolate chip (terpulang nak guna banyak mana)

Cara-caranya:



1. Korang gaul semua bahan pastu korang kepalkan dia jadi bulat-bulat yang cute macam korang tu.


2. Kemudian, korang boleh hiaskan Choco Ball ni mengikut kreativiti korang. Ikut korang lah macam mana korang nak hias dekat permukaan dia macam letak Kitkat ke, Cadbury ke rice chocolate ke salutkan dengan coklat masakan pun boleh. Lepas tu, siap! Choco Ball is doneeeeee.


Semoga apa yang admin share ni bermanfaat untuk korang semua. Mudah je kan? Bukan susah pun. Korang kena cuba. Nampak macam biasa, tapi sebenarnya luar biasa resepi ni. Bagi makcik pakcik semua yang nak buat kuih ni jangan guna oven pula. Tak perlu susah payah okay? Yang penting semasa buat tu jangan terus masuk dalam mulut pula. Bulan puasa lagi ni. 



Powered by Blogger.