Header Ads

"Korang Tahu Bezakan Orang Tak Ye?!!" - Aliff Syukri


Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri telah memuatnaik video terbaru di Instagramnya yang memohon netizen untuk tidak mengaitkan kontroversi  yang melanda penyanyi, Aliff Aziz dengan dirinya.

"Korang tau beza tak org ye?? Tolong jgn salah komen kat page org lain. Disebb ramai orang komen jadi saya bagi penerangan pada semua.. jom saya ajar ini perbezaan sya dan aliff aziz... cuba tengok gambar betol2 kan berbeza hidung,gigi, mata smuaa .... saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian natizen setiap kali posting saya... hmm doakan baik2 utk beliau..." kapsyen beliau di Instagramnya.

Menurut Datuk Aliff Syukri, sejak kontroversi itu mula menjadi bualan netizen, dia juga turut mendapat tempias caci maki di akaun Instagramnya kerana beliau juga mempunyai nama 'Aliff'. Rata-rata ada yang netizen membuat bahan gurauan dan ada juga memaki hamun di ruangan komen beliau.


"Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri. Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri. Ini Aliff Aziz, Ini Aliff Syukri. Korang tahu tak membezakan antara Aliff Aziz dengan Aliff Syukri? Sekarang saya ajar anda dan ikut apa saya cakap. Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri. Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri. Saya doakan Aliff yang ini semoga berbahagia hingga ke Jannah. Jangan kecam orang. Jangan kutuk orang. Kalau kena dekat batang hidung sendiri, baru anda tahu. Doa yang baik baik" katanya.



Powered by Blogger.