Header Ads

Kemaskini Ranking Kelab Bola Sepak Dunia Tepati Ramalan


Akhirnya berakhirlah sudah saingan Liga Perdana Inggeris dengan menyaksikan pasukan Manchester City sekali lagi memastikan piala menjadi milik mereka dalam tempoh dua tahun berturut-turut dengan menidakkan peluang Liverpool untuk memiliki dalam kemarau panjang.



Bagaimanapun, pasukan Liverpool masih mempunyai peluang bagi menebus kekecewaan apabila berjaya sekali lagi ke pentas akhir Liga Juara-Juara 2018/19 menentang Tottenham Hotspurs apabila mengalahkan Barcelona tempoh hari. Pasukan Chelsea juga akan bersaing di pentas akhir Liga Europe menentang Arsenal pada 30 Mei ini.

Berdasarkan ke semua keputusan ini, bolehlah kita melihat sebentar kepada kedudukan terkini ranking kelab bola sepak dunia berdasarkan kepada kemaskini 12 Mei 2019.

Menurut kepada kemaskini Football Database, pasukan Liverpool telah molonjak naik ke tempat pertama dunia daripada kedudukan ke-15 pada tahun lalu dengan kutipan 2062 mata dan diikuti pasukan Manchester City yang berada di tempat kedua dunia dengan jumlah kutipan 2028 mata.


Sementara itu, pasukan Barcelona, Bayern Munich, Juventus, Ajax, Atlentico Madrid, Paris Saint-Germain, Real Madrid dan Napoli masing-masing berada di kedudukan ke 3 hingga 10 terbaik dunia.

Lain pula ceritanya buat pasukan Manchester United apabila jauh ketinggalan di kedudukan ke-35 apabila gagal mempamerkan aksi yang memberansangkan musim ini setelah sekadar menduduki tangga ke-6 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.


Jika dilihat kepada ranking kelab bola sepak Malaysia pula, sudah tentu pasukan Johor Darul Ta'zim FC antara yang berjaya menempatkan diri mereka apabila berada di ranking 1855 dunia dan ranking ke-221 bagi Asia.


Powered by Blogger.