Header Ads

"Ini Amaran Kepada Malaysia Dan Indonesia" - George Clooney


Pelakon dan pembuat filem Amerika, George Clooney mendakwa bahawa tindakan memboikot hotel milik Sultan Brunei memberi impak apabila negara itu kini menangguhkan hukuman hudud untuk kesalahan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT).

Ketika rancangan The Ellen DeGeneres Show, Ellen telah menemu ramah pelakon Batman itu dengan angkuhnya berpendapat bahawa apa yang berlaku merupakan satu amaran juga kepada Malaysia dan Indonesia.


"Ini juga amaran kepada negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia yang juga sedang mempertimbangkan undang-undang ini. Untuk orang-orang kaya, boikot perniagaan mungkin tidak ada kesan tapi akan beri kesan kepada orang lain yang berurusan dengan mereka. Itulah caranya," kata Clooney.

Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sebelum ini melanjutkan penangguhan ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks LGBT ekoran kritikan global.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya menganggap kenyataan daripada George Clooney itu membayangkan dia sebenarnya tidak memahami Malaysia. "Malaysia sebuah negara Islam, sudah tentu kita tidak boleh menerima budaya LGBT," kata Marzuki seperti yang dipetik dari portal The Star.

Powered by Blogger.