Header Ads

Hongmeng OS Telah Didaftarkan Huawei


Nampaknya Huawei tidak menunggu lama untuk mereka mengeluarkan OS mereka sendiri apabila Google juga menarik diri daripada terlibat dengan sebarang kerjasama bersama Huawei.

Huawei kini telah mendaftarkan tanda dagang sistem operasi mereka tersendiri yang dinamakan Hongmeng OS di China. Hongmeng OS juga dikatakan mampu menggangtikan Android dan Windows dalam persediaan mereka jika Microsoft turut dihalang berurusan.

Untuk pengetahuan korang, bukan itu sahaja yang mampu dilakukan sistem terbaru Huawei ini. Ia juga dikatakan mampu untuk dijalankan pada tekevisyen, peranti boleh pakai kenderaan dan juga tablet. Sama-samalah kita nantikan bagaimana agaknya sistem ini beroperasi sepenuhnya bila ia dilancarkan nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.