Header Ads

"Gameplay Management" Mula Diperkenalkan Kepada Semua Pemain PUBG Mobile



Sistem baru untuk mempromosikan gaya bermain yang sihat iaitu "Gameplay Management" mula diperkenalkan oleh tencent kepada semua pemain PUBG Mobile. Ianya dikhususkan untuk pemain yang berusia di bawah 18 tahun di mana pop-up akan dikeluarkan untuk mengingatkan agar pemain berhenti dan berehat setelah bermain untuk tempoh masa yang tertentu.

So korang jangan terlalu leka bermain untuk masa yang lama lah ya, kena pandai bahagi masa. Untuk pengetahuan pemain PUBG di Malaysia, korang bersiap sedia lah ya kerana ianya akan berjalan secara berperingkat. Buat masa ini, sistem tersebut hanya terdapat untuk pemain di Indonesia, India, Nepal, UAE, Qatar, kuwait, Iraq, Arab Saudi dan Mesir

Pihak Tencent berharap PUBG Mobile akan mula berkembang menjadi permainan tersohor dan membuatkan mereka dapat menyertakan satu ekosistem yang seimbang dan berterusan. Mereka juga merupakan antara yang pertama menyertakan sistem tersebut secara terus di dalam permainan.

Semoga dengan adanya sistem ini dapat memberikan satu perkembangan yang baik untuk pemain PUBG Mobile serta dapat mengelakkan mereka untuk bermain secara berterusan tanpa henti.
Dikuasakan oleh Blogger.