Header Ads

Bagaimana Nur Sajat Boleh Terlepas?


Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menggesa Kerajaan Pas Kelantan bertindak tegas ke atas usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berpakaian wanita ketika menghadiri program di negeri ini, Ahad lalu.

Naib Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Mohd. Romizu Mohd. Ali berkata, tindakan tersebut termasuklah menyaman Muhammad Sajjad, 33, atau Nur Sajat kerana berpakaian menyerupai wanita serta melarang lelaki itu daripada memasuki negeri ini pada masa depan.

Tegas beliau, walaupun bertudung, tindakan Nur Sajat tetap tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan prinsip dan dasar Kerajaan Kelantan yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.

“Jadi kita mahu Kerajaan Pas Kelantan keluarkan saman ke atas dia atas kesalahan berpakaian menyerupai wanita dan gam dia terus daripada masuk dan menghadiri program di negeri ini,” katanya.

Kelibat Nur Sajat berpakaian wanita ketika menghadiri program Mood Republik di bandar ini, kelmarin tular di media sosial dan mengundang kecaman warga netizen yang rata-rata mempersoalkan bagaimana Pas boleh membiarkan perkara itu di negeri ini.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan negeri. Mengulas lanjut, Mohd. Romizu memberitahu, pihak penganjur program yang menjemput Nur Sajat juga perlu dikenakan tindakan tegas sebagai pengajaran dan melakukan kesalahan sama pada masa depan.

“Jika kerajaan negeri mengambil sikap berdiam diri, ini seolah-olah mereka menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Sebelum ini saya lihat Kerajaan Pas Kelantan cukup lantang menolak LGBT, namun dalam isu Nur Sajat, tiada pula sebarang tindakan diambil,” ujarnya.

Powered by Blogger.