Header Ads

Baca Surah Al-Ikhlas Di Perkuburan


Soalan:
Benarkah apabila ziarah seorang akan kubur sunat membaca surah Qulhuwallahu Ahad?

Jawapan:
Tidak dimestikan membaca Al-Quran ketika ziarah akan kubur tapi harus hukumnya membaca akan ayat al-Quran.

Dan tidak ada sebarang surah yang ditetapkan jika mahu membaca akan al-Quran. Bacalah ayat atau surah yang mana disukai, hukumnya adalah diharuskan.

Dan harus juga dibaca surah Al-Ikhlas serta surah-surah yang lain. Jika mahu membaca surah Al-Ikhlas maka adalah elok kerana ringkas dan besar pahalanya. Imam Ahmad menganjurkan supaya membaca surah Al-Ikhlas ketika lalu pada tanah perkuburan.

Abu Bakr telah meriwayatkan pada kitab As-Syafi :

قَالَ مُحَمَّد بْن أَحْمَدَ المروروذي سمعت أَحْمَد بن حنبل يقول إذا دخلتم المقابر فاقرؤوا بفاتحة الكتاب والمعوذتين وقل هو الله أحد واجعلوا ثواب ذلك لأهل المقابر فإنه يصل إليهم.
Telah berkata Muhammad bin Ahmad Al-Maruzi katanya: “Aku telah mendengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Apabila masuk oleh kamu sekalian akan tanah perkuburan maka hendaklah kamu baca akan surah Al-Fatihah dan Mu’awwizatain dan Qulhuwallahu Ahad dan jadikanlah ganjaran yang demikian itu kepada semua penghuni tanah perkuburan itu. Maka sungguhnya sampai ganjarannya kepada penduduk kuburan itu.”


Telah berkata Imam Ibnu Muflih Al-Hanbali pada Kitab Maqsadul Arsyad:

وذكَر مثلَ ذلك عدد من فقهاء المذاهب السّنية الأربعة وغيرهم من العلماء المعتبرين.
“Telah menyebut akan yang demkian itu ramai dari para fuqaha' mazhab-mazhab sunnah yang empat dan lain dari mereka itu daripada kalangan ulama'-ulama' yang muktabar.”

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.