Header Ads

Sani Kembang Perniagaan Kepada Perkhidmatan Feri dan Hotel di Pulau Langkawi

Gambar sekadar hiasan

Sani Ekspres yang merupaan antara syarikat pengangkutan melayu yang berjaya di Malaysia, kini akan menerokai pengangkutan baharu dalam perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.

Pelaburan sebanyak RM50 juta itu dilakukan oleh pengasasnya, Datuk Sani Salleh yang berkata Sani Ferry yang bakal beroperasi pada Disember depan itu dijangka dapat menampung seramai 660 penumpang dalam satu-satu masa menerusi perkhidmatan tiga buah feri yang disediakan.




Katanya, pelaburan terbaharu tersebut termasuk kerja-kerja menambah baik dan mengindahkan infrastruktur di terminal Kuala Kedah.

“Tambang Sani Ferry adalah RM23 sama seperti perkhidmatan sedia ada dan InsyaAllah penumpang yang mengambil pakej bas, Sani Ekspress akan menikmati tawaran diskaun,” katanya.

Menurut Sani, perniagaan baharu itu dijangka melonjakkan pendapatan syarikat kepada RM50 juta pada akhir tahun ini termasuk dengan pertambahan 15 lagi bas ekspress pada Oktober depan.

Beliau turut menarik perhatian, bagi mengukuhkan lagi kedudukan syarikat pihaknya turut merancang untuk membangunkan hotel di Pulau Langkawi dalam tempoh kira-kira dua tahun lagi.

“Hotel yang bakal dibina di pekan Kuan itu akan menjadi hotel tertinggi di Pulau Langkawi dengan kemudahan 1,000 unit bilik,” katanya.

Sumber: Utusan
Dikuasakan oleh Blogger.