Header Ads

Penerbit Filem Jinpa Salahkan Avengers Filemnya Tidak Dapat Sambutan di China


Sambutan filem MCU, Avengers: Endgame nampaknya mendapat sambutan luar biasa dari seluruh dunia, memandangkan ini merupakan filem penutup bagi siri Avengers. Ini dapat dilihat apabila penjualan tiket awal di seluruh dunia mendapat sambutan di luar jangka.

Namun, disebalik kejayaan MCU ini, bagi producer filem lain, ia merupakan satu tamparan kuat untuk mereka dan merasakan bahawa mereka telah silap memilih tarikh yang sama dengan tarikh tayangan Avengers: Endgame.



Wong Kar-wai seorang penerbit bagi filem 'Jinpa' di china masih optimis bahawa orang ramai akan tetap menonton filemnya dan bersaing dengan Avengers yang berkata 'adiwira tanpa agama atau kepercayaan hanyalah sebuah robot' yang dilihat ditujukan kepada Avengers.

Tapi, disebalik keyakinan itu, ia tidak mencukupi untuk bersaing dengan Avengers apabila hanya berjaya mengutip $101,000 (RM413,000) Manakala filem Avengers: Endgame di China pula telah mengutip sebanyak $100 juta (RM408 juta) setakat ini.

Untuk pengetahuan korang, pada Festival Filem Antarabangsa Venice ke-75 sebelum ini, filem Jibpa telah memenangi anugerah skrip terbaik dan telah memulakan tayangannya pada 26 April, sama tarikh dengan tayangan Avengers.





+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.