Header Ads

Ini Pandangan Kami Selepas Menonton Karya Teragung Marvel Studios 'Avengers: Endgame'


Akhirnya, penantian peminat siri filem Marvel selama setahun selepas Avenger: Infinity War dilihat berbaloi apabila Avengers: Endgame hadir dengan penyudahan yang serba lengkap dan rata-rata berpuas hati dengan filem yang dikatakan penutup bagi Avengers ini.

Semalam 24 April telah bermula tayangannya di Malaysia dan krew Oh! Media berkesempatan untuk menjadi diantara yang terawal untuk menyaksikan filem Endgame ini.

Apa yang kami dapat katakan, Marvel telah berjaya sepenuhnya membawa penonton ke dunia Avengers apabila setiap perjalanan cerita dan skrip diatur dengan baik dari awal sehingga setiap apa yang berlaku berkaitan dari filem-filem MCU sebelum ini.

3 jam dalam dunia Avengers tanpa sedar

Filem Avengers:Endgame yang ditayangkan selama 3 jam itu tidak akan dirasai penonton kerana boleh dikatakan setiap babak dan penceritaan disusun dengan sangat baik dan tidak mengelirukan dengan menyelit humor di sepanjang filem tanpa meleret.



MCU berjaya mainkan emosi penonton

Apa yang menarik yang kami dapat kongsikan adalah, korang akan merasai satu pengalaman yang sangat berbeza menonton filem ini apabila Endgame berjaya mengwujudkan situasi sedih yang akan membuatkan korang keluar air mata dan dalam masa yang sama ketawa tidak kering gusi.

Thor yang merupakan satu watak yang dikatakan sangat berketerampilan dan mempunyai tubuh sasa tampil dengan penampilan yang sangat 'berbeza' berbanding filem sebelum ini dan korang mungkin akan lebih menggemari perwatakan Thor yang terbaru.



Siap sedia untuk 8 minit terakhir yang paling epik!

Untuk pengetahuan korang, Robert Downey Jr (Iron Man) dalam temubual sebelum ini ada mengatakan bahawa dia seorang sahaja diantara semua pelakon berpeluang untuk membaca keseluruhan skrip dan perjalanan cerita dan apa yang dikatakan oleh Robert tentang 8 minit terakhir filem ini adalah benar apabila korang perlu bersedia untuk menyaksikan babak yang paling epik dalam sejarah MCU.

Kami juga amat teruja melihat babak terakhir ini dan boleh dilihat semua penonton memberikan sorakan dan tepukan serta tidak ketinggalan juga yang mengalirkan air mata kerana terlalu kagum.


Trailer rasmi Avengers:Endgame ada yang benar dan ada yang tidak

Jika dilihat kepada semua trailer yang dikeluarkan oleh pihak Marvel untuk Avengers:Endgame kali ini, boleh dikatakan tidak sampai 5 peratus daripada keseluruhan filem ini. Apa yang pasti, ada babak yang masuk dalam filem dan ada juga yang tiada dalam filem serta apa yang korang tonton menerusi trailer, tidak langsung menceritakan gambaran sebenar apa yang akan berlaku dalam Endgame nanti.



Oleh itu, kami sarankan bagi peminat Marvel, anda wajib untuk menonton filem ini kerana apa yang kita mahukan selama ini terdapat dalam filem kali ini. Bagi mereka yang baru sahaja ingin menonton filem MCU, tiada masalah untuk korang pergi menonton dan selepas itu jangan lupa untuk layan semua siri MCU untuk merasai kepuasan penceritaan yang sangat baik.

Kami juga sarankan korang yang belum menonton jangan tertipu dan janganjangan se membaca 'spoiler' yang semakin tersebar di media sosial jika mahu merasai kejutan demi kejutan yang tidak akan korang sangkakan.

Untuk filem Avengers:Endgame ini, krew Oh!Media setuju untuk memberikan 9.8/10 dan ini pastinya menjadi filem yang paling gempak untuk tahun ini. Oh ya, tiada end credit untuk Endgame.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.