Header Ads

Timbalan Ketua Pengarah Sin Chew Daily Terkorban Dalam Gempa Bumi Lombok


Berikutan dengan gempa bumi Lombok, kini dua warga Malaysia dilaporkan terkorban manakala enam lagi rakyat Malaysia masih hilang.

Rakyat Malaysia yang terkorban adalah Timbalan Ketua Pengarah Sin Chew Daily, Datin Tai Siew Kim dan seorang lagi belum diketahui identitinya.

Kematian Siew Kim, 56, disahkan oleh Sin Chew Daily. Mangsa dikatakan bercuti di pulau itu bersama anak lelakinya, Teoh Jin Yik, 20, yang dilaporkan cedera dan dirawat di hospital berdekatan.


Kementerian Luar, dalam satu kenyataan, berkata semua mangsa difahamkan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru ketika gempa bumi menggegarkan pulau itu.

“Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dan hingga kini pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Powered by Blogger.