Header Ads

Sultan Selangor Titah Tutup Sekolah Tahfiz Yang Tidak Berdaftar


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan semua sekolah tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya.

Baginda bertitah, pada masa ini, ada sejumlah 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan JAIS.

“Beta menitahkan sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Powered by Blogger.