Header Ads

Sembilan Suspek Pembuangan Toksik Ditahan Pihak Polis


Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang kini telah berjaya menahan sembilan orang suspek yang dipercayai terlibat dalam pembuangan sisa berkenaan.

Ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berkata dua daripada suspek berkenaan ditahan di Johor dan bakinya ditahan di luar kawasan.

“Operasi untuk mengesan suspek yang bertanggungjawab dalam kes ini telahpun dijalankan semalam. Setakat ini, sebahagian suspek telahpun direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 23 Mac ini bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman bagi sebahagian lagi suspek akan dibuat pada hari ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 278, 289 dan 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehingga kini pihak polis masih giat melakukan siasatan dan akan melakukan lebih banyak penahanan selepas ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Powered by Blogger.