Header Ads

Ronaldo Direhatkan di Rumah Kerana Terlalu Banyak Beraksi


Cristiano Ronaldo bakal terlepas aksi Juventus menentang Genoa selepas dia membantu juara Itali itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, kata jurulatih, Massimiliano Allegri.

“Saya tinggalkan dia di rumah, dia beraksi terlalu banyak dan memerlukan rehat. Sekrang, terlalu bahaya untuk membiarkan dia beraksi.

“Saya tidak perlu meyakinkan dia. Kami sudah berbincang mengenai perkar aini semalam, saya menjelaskan tujuan saya berdasarkan jadual perlawanan dan aksi suku akhir (Liga Juara-Juara) dan dia bersetuju,” katanya.

Penyerang Portugal itu meraikan kejayaan di depan penyokong Atletico namun Allegri berkata dia tidak bimbang jika Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA) mahu menggantung Ronaldo daripada beraksi menentang kelab dari Belanda tersebut.

“Semua orang meraikan gol dengan cara berbeza, ada 42,000 penyokong pada waktu itu dan kami boleh menggantung mereka semua (berdasarkan tindakan mereka).

“Kami tidak takut digantung, itu tidak akan berlaku,” katanya.

Sumber: Utusan

Powered by Blogger.