Header Ads

Avengers: Endgame Bakal Ditayangkan 2 Hari Lebih Awal


Seperti filem Captain Marvel sebelum ini, pihak GSC Cinemas sekali lagi mengumumkan bahawa Avengers: Endgame akan ditayangkan 2 hari lebih awal berbanding tarikh yang diumumkan sebelum ini.

Ini dapat dilihat melalui kemaskini terbaru Twitter GSC Cinemas dan ini merupakan 2 hari lebih awal berbanding Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, ramai yang masih ternanti-nanti pembukaan jualan tiket awal yang masih belum diumumkan oleh GSC mahupun TGV dan kebiasaan ia akan bermula 2 minggu sebelum tarikh tayangan. Apa yang pasti, Avenger:Endgame bakal menjadi 'pisang goreng' panas.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.