Header Ads

147 Penumpang dan 8 Kru Dilaporkan Terkorban Dalam Nahas Pesawat Ethiopian Airlines


Pagi tadi kira-kira jam 8.38 pagi dilaporkan sebuah pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Ethiopian Airlines telah terhempas dan sebentar tadi juga dilaporkan tiada mangsa yang terselamat dalam nahas terbabit yang membawa 149 penumpang dan 8 kru.

Pesawat yang dalam perjalanan dari ibu kota Addis Ababa ke Nairobi, Kenya itu berlepas jam 8.38 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole dan ‘terputus hubungan’ enam minit kemudian berhampiran Bishoftu, bandar sejauh 60 kilometer di tenggara Addis Ababa menggunakan jalan raya.

Pejabat Perdana Menteri Abiy Ahmed menulis tweet mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Tiada yang terselamat di dalam pesawat yang membawa penumpang dari 33 negara itu,” kata penyiar rasmi, Perbadanan Penyiaran Ethiopia, memetik sumber syarikat penerbangan yang enggan dikenali.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze "Oh Media Gaming" dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming - OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Powered by Blogger.