Header Ads

Tokyo Bakal Hasilkan Pingat Olimpik 2020 Hasil Dari Bahan Kitar Semula Gadget


Bersempena dengan Olimpik 2020 yang memperlihatkan Tokyo, Jepun sebagai tuan rumah tampil memperkenalkan inovasi pingat mereka yang dihasilkan dari bahan gadjet yang dikitar semula.

Sebelum ini, Jepun memang telah lama melancarkan projek untuk mengumpul gadjet terbuang yang kini telah berjaya mengumpul sebanyak 47 ribu tan gadjet terbuang. Selain itu, ia juga telah memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang gadjet mereka yang tidak lagi berfungsi atau dipakai untuk diletakkan di pejabat pos berdekatan.


Berdasarkan laporan, Jepun sudahpun berjaya mengekstrak dan memperoleh sebanyak 2,700kg gangsa, 4,100kg perak serta 30.3kg emas melalui projek yang dijalankan.

Jadi, jom kita nantikan bagaimana hasilnya bila ia dijadikan sebuat pingat yang akan dipamerkan kepada umum menjelan suku ketiga tahun ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Powered by Blogger.