Header Ads

Seramai 41 Orang Pelajar Perempuan Sekolah Tahfiz Hilang Tempat Berlindung


Awal pagi tadi sekitar jam 6.50 padi telah berlaku satu kebakaran yang melibatkan Asrama Pusat Tahfiz Tarbiyatun Nisa yang telah menempatkan 41 orang pelajar perempuan yang terletak di Kampung Marabahai Tuaran.

Walaubagaimanapun, semua pelajar berkenaan dilaporkan selamat setelah sempat keluar menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.58 pagi, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi bersama dua jentera.

Sebaik tiba, bomba mendapati api sedang marak membakar bangunan asrama satu tingkat itu.


“Pemeriksaan mendapati semua penghuni sudah keluar dan berkumpul di kawasan lapang kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhbnya pada jam 7.38 pagi, namun telah memusnahkan hampir semua kediaman terbabit.

Sementara itu, pengurus asrama, Ustazah Aishah Abdul Halim, berkata kebakaran berlaku selepas sebahagian pelajar selesai mengikuti kuliah Subuh, manakala beberapa pelajar yang sakit berada di asrama.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.