Header Ads

PSG Kejutkan United Dari Terus Terlena


Pasukan Manchester United akhirnya dikejutkan dari terus bermimpi apabila tewas di tangan pasukan Paris Saint-Germain 2-0 pada aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Ia juga merupakan kekalahan pertama buat Ole Gunnar Solskjaer dalam 12 perlawanan apabila jaringan Presenel Kimpembe dan Kylian Mbappe pada separuh masa kedua menghukum United.

Lebih malang lagi, bintang United dan Perancis Paul Pogba turut dibuang pada minit-minit terakhir, menyebabkannya tidak dapat beraksi pada aksi kedua di Paris bulan depan.

“Hari ini adalah kejutan realiti bagi kami dari aspek tahap dengan pasukan utama. Mereka memiliki momentum selepas gol pertama dan mengawal perlawanan,” kata Solskjaer.

“Anda boleh lihat sudah lama kami tidak bermain pada tahap seperti ini dan perlu belajar.

“Ia satu pengalaman yang boleh memberi kesan positif atau sebaliknya, bukannya penentu pencapaian musim ini, jika kita mahu belajar daripadanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.