Header Ads

Polis Scotland Umumkan Pemakaian Tudung Sebagai Pakaian Seragam Rasmi


Pihak polis Scotland melakukan beberapa perubahan dalam pemakaian rasmi seragam anggota mereka apabila kini mengumumkan, tudung sebagai pakaian seragam rasmi pasukan keselamatan negara itu.

Ini dilihat sebagai langkah terbaik bagi menarik lebih ramai lagi anggota polis wanita beragama Islam untuk menyertai pasukan polis negara terbabit.

Ketua Konstabel Phil Gormley berkata, beliau gembira mengumumkan perkara itu dan mengalu-alukan sokongan daripada masyarakat Islam dan semua secara keseluruhan, di samping pegawai polis dan semua kakitangan.


"Seperti mana majikan lain, terutama di sektor awam, kami berusaha memastikan perkhidmatan kami dapat mewakili masyarakat. Saya berharap tambahan ini akan menyumbang kepada kepelbagaian kakitangan pasukan kami.

"Ia juga menambah kemahiran hidup, pengalaman dan kualiti peribadi daripada pegawai dan kakitangan kami kepada masyarakat di Scotland," katanya.

Sebelum ini, pegawai polis Islam di Scotland dibenarkan memakai hijab, namun hanya selepas ia diluluskan pegawai kanan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.