Header Ads

PH Yakin Menang di PRK Seminyih, Melainkan Ada Sesuatu Luar Biasa Dari UMNO dan PAS


Pilihan Raya Kecil Seminyih nampaknya akan dilakukan selepas pihak SPR telah menetapkan tarikh 2 Mac sebagai tarikh mengundi PRK DUN Seminyih dan ini merupakan PRK keempat selepas PRU-14 tempoh hari.

Sehubungan dengan itu, PH dilihat akan meletakkan calon dari Bersatu dan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga dilihat yakin bagai PH mampu memenangi PRK kali ini.

Walaubagaimapun, Tun Mahathir tidak menafikan sekiranya pembangkang juga bakal memberikan kelainan dan 'luar biasa' yang di bawa oleh UMNO dan PAS.

“Kami juga yakin akan dapat majoriti undi Melayu di Semenyih termasuk undi dari kaum lain juga.

Kemenangan kita dulu adalah kerana rakyat kecewa dengan pemerintahan lama.

“Bagaimanapun, tumpuan rakyat kini bukan kepada kesalahan lama tapi rakyat nak lihat kejayaan kita selepas ambil alih kerajaan.

“Kita akan jelaskan kepada rakyat apa yang kita sudah lakukan, sedang lakukan dan akan kita lakukan,” katanya

PRK DUN Semenyih akan dijalankan susulan dengan meninggalnya Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lalu.
Powered by Blogger.