Header Ads

Penduduk Palestin Temani Anak Ke Sekolah Selepas Pengunduran Pasukan Pemerhati


Selepas pengunduran pasukan pemerhati antarabangsa dari bandar Hebbron Palestin, penduduk dilihat terpaksa menemani anak ke sekolah semalam untuk melindungi dari diganggu pendatang Yahudi.

Senelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan beliau tidak akan melanjutkan Kehadiran Antarabangsa Sementara di Hebron (TIPH) kerana ia berat sebelah. Misi itu meninggalkan wilayah Tebing Barat yang dijajah itu, 31 Januari lalu.

Pasukan pemerhati yang ditubuhkan selepas insiden pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin pada 1994 dan pihak berkuasa Palestin memberi amaran bahawa pengunduran pemantau antarabangsa itu akan meningkatkan penderaan oleh pendatang Yahudi di bandar terbabit.

“Hari ini kami memulakan kempen tempatan merekodkan salah laku terhadap kanak-kanak ke sekolah di kawasan ini yang mempunyai ramai pendatang haram Yahudi dan tentera penjajah Zionis.

“Kami tidak akan menggantikan pemerhati antarabangsa, tetapi akan melakukan yang termampu memastikan kanak-kanak dapat ke sekolah,” kata wakil pertubuhan itu, Issa Amro.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.