Header Ads

Pemuda 21 Tahun Tidak Mengaku Bersalah Memandu Secara Merbahaya


Hari ini, pemuda yang terlibat dalam kemalangan SUV terhumban ke laut mengaku tidak bersalah setelah mengakibatkan kemalangan di atas dakwaan memandu secara merbahaya pada 20 Januari lalu.

M K Vaitheswaran, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil, dihadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Mengikut pertuduhan, Vaitheswaran didakwa memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, 20, di Kilometer (KM) 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, jam 3 pagi pada 20 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, Vaitheswaran didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda sehingga RM20,000, dan hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.