Header Ads

Pemandu dan Wang Tunai RM4.61 Juta Lesap Dari Van Berperisai


Sebuah van berperisai yang membawa wang tunai sejuta euro atau RM4.61 juta dilaporkan telah dirompak dan ia berkaitan dengan hilangnya seorang pemandu van berkenaan yang berlaku di luar Paris.

Kata satu saksi kepada polis mendakwa seorang lelaki berusia 28 tahun dilihat berhenti di hadapan pejabat Western Union di Aubervilliers kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan sambil berdiri di belakang tayar van sebelum dua rakannya memasuki pejabat itu.

“Apabila mereka keluar, van dan pemandunya tiba-tiba hilang,” kata sumber.

Van yang dijumpai dilihat dengan pintu terbuka dan pemandu dan beg berisi wang tunai juga telah lesap. Namun dua orang pekerja syarikat keselamatan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat.

Susulan insiden rompakan itu, satu siasatan dilancarkan oleh skuad anti kumpulan penjenayah di Perancis.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.