Header Ads

Mujahid Ingatkan Pemimpin Agar Tidak Kaitkan AES Dengan Maqasid Syariah


Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini mengingatkan pemimpin tertentu untuk tidak mengaitkan pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai maqasid syariah.

“AES bukan hanya satu cara untuk menjaga nyawa di jalan raya. Ia juga melihat kepada pemanduan yang cermat, ia juga melihat kepada pendidikan supaya tidak membahayakan nyawa.

“Jadi pada saya, jangan gunakan isu maqasid untuk menyatakan segala-galanya semua atas maqasid, sebab maqasid itu luas dan memerlukan perbincangan,” katanya.

Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden AMANAH, Hasanuddin Yunus, dilaporkan berkata pemasangan AES dengan mengenakan saman menepati maqasid syariah dalam Islam kerana ia bertujuan untuk menjaga nyawa pemandu serta penumpang, keselamatan pengguna dan harta benda yang ada di atas lebuh raya menepati maqasid syariah dalam Islam.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.