Header Ads

Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Untuk Menghalang Pemaju Masuki Tapak Kuil


Berikutan dengan permohonan 50 orang individu wakil dari Kuil Sri Maha Mariamman untuk menghalang One City Development Sdn. Bhd. untuk memasuki kawasan kuil telah di tolak Mahkamah Tinggi.

Syarikat One City yang merupakan pemilik dan pemaju tapak kuil itu juga mendapat kebenaran untuk memasuki kawasan kuil bagi tujuan perobohan.

Plaintif juga memohon antara lain perintah untuk menangguhkan pelaksanaan writ pemilikan bertarikh 14 November 2017 yang diperoleh oleh One City Development.

Hakim Wong Kian Kheong membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa plaintif tidak mempunyai justifikasi yang wajar untuk tindakan terhadap pemaju dan tidak mempunyai "locus standi" di bawah Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 untuk memulakan tindakan saman.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Powered by Blogger.