Header Ads

Mahkamah Benarkan Permohonan Najib Untuk Penangguhan Perbicaraan Hari Ini


Hari ini seperti yang diketahui, sepatutnya berlangsung hari pertama perbicaraan berkenaan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd. Namun, Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan.

Oleh itu, pihak pendakwaan dikatakan akan menulis surat kepada Presiden Mahkamah Rayuan untuk mempercepatkan rayuan kes yang dikemukakan Najib.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pihak pendakwaan ketika sebutan semula kes tersebut di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

"Kami memohon supaya perbicaraan yang sudah ditetapkan hari ini dilapangkan, tetapi tarikh pada 25 hingga 28 Februari dan 4 hingga 29 Mac di kekalkan. Ini kerana kami yakin bahawa rayuan oleh tertuduh di Mahkamah Rayuan boleh diputuskan sebelum tarikh itu (25 Februari), " kata Tommy.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Februari ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Powered by Blogger.