Header Ads

IKEA Perkenalkan Sewaan Perabot Mereka Bulan Hadapan


IKEA kini sedang mencuba untuk mempelbagaikan lagi perkhidmatan mereka selepas membuka cawangan terbaru mereka di Manhattan dan sedang merangka rancangan untuk membuka penyewaan perabot mereka kepada pelanggan.

Ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dalam IKEA, Torbjörn Lööf, buat peringkat permulaan ini pelan sewaan perabot ini hanya akan dilaksanakan di ibu pejabat IKEA di Sweden untuk memudahkan pemantauan dijalankan.


Walaubagaimanapun, untuk permulaan ini juga, IKEA hanya membenarkan penyewaan ke atas meja dan kerusi sahaja.

Tambah beliau lagi, program ini akan membenarkan pengguna untuk menyewa perabot dalam tempoh tertentu. Setelah tamat tempoh penyewaan, pengguna dikehendaki untuk menghantar semula perabot dan dibenarkan untuk memilih perabot lain untuk disewa.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Powered by Blogger.