Header Ads

HS55 Akui Hadapi Sedikit Bergelut Mengendalikan Jentera KTM


Semalam, pelumba MotoGP pertama negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah telah melakukan percubaan tunggangan pertamanya di Litar Antarabangsa Sepang dan mengakui masih sukar untuk mengendalikan jentera barunya iaitu KTM.

Pada sesi itu, HS55 dilihat agak bergelut untuk mendapatkan rentak yang terbaik apabila hanya menduduki kedudukan terakhir daripada 26 orang pelumba dengan catatan 26 minit 01.853 saat sebayak 46 pusingan.

Jentera yang ditunggang HS55 adalah KTM RC 16 dan menurut Hafizh, dia terpaksa mencari gaya tunggangan baharu yang sesuai untuk mendapatkan keserasian bersama jentera tersebut selepas berdepan masalah pada tayar belakang.

“Pada hari pertama ini, saya akui sangat sukar (menunggang jentera KTM), namun saya telah buat yang terbaik berbanding sebelum ini meskipun terdapat sedikit pe­ningkatan dan masih jauh ketinggalan dengan pelumba hadapan.

“Buat masa ini, saya masih gagal mencari penyelarasan terbaik bersama pasukan terutamanya selepas agak bergelut sedikit mengawal tayar belakang yang menyukarkan saya mengambil selekoh.


“Tayar belakang kerap berpu­sing dan tiada cengkaman hingga menyebabkan saya gagal merekodkan catatan terbaik hari ini (semalam).

“Saya akui sedikit kecewa, namun semuanya masih terlalu awal kerana saya dan pasukan akan bekerja keras untuk mendapatkan penyelarasan terbaik dalam baki ujian dua hari ini nanti,” kata Hafizh sejurus tamat sesi ujian di sini semalam.

Hafizh turut mengakui jentera KTM kali ini lebih agresif berbanding jentera Yamaha yang digunakannya sebelum ini, sekali gus mengakui terpaksa mengambil sedikit masa untuk mendapatkan keserasian.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.