Header Ads

Energizer Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Pada Kuasa Bateri 18,000 mAh


Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, nampaknya pihak Energizer telah mula berkongsi telefon pintar Android milik mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi. E

Energizer Power Max P18K Pop dengan kapasiti bateri 18,000 mAh menjadikan ia sebagai peranti yang memiliki kuasa bateri terbesar berbanding kebanyakan jenama lain.

Ia juga dilengkapi dengan skrin penuh 6.2" FHD+ yang dijanakan bersama MediaTek P70 serta memori 6GB RAM. Bagi kamera pula, ia dilengkapi dengan 12+5+2 Megapixel dan kamera hadapan 16+2 Megapixel.


Pihak Enginizer juga menyatakan dengan kuasa bateri 18,000 mAh ini, ia mampu bertahan selama 50 hari dengan hanya sekali pengecasan. Pengguna juga boleh melakukan panggilan telefon selama 90 jam, mendengar muzik selama 100 jam atau menonton video berterusan selama 2 hari.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.