Header Ads

Berterus Terang Sahaja Pada Rakyat dan Jangan Sesekali Cuba Berbohong


Berikutan dengan penggunaan ijazah palsu dalam kepimpinan kerajaan yang mula tersebar, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia seharusnya ditangani dengan bijak tanpa sebarang pembohongan kepada rakyat.

Ini kerana, soal integriti merupakan asas penting yang akan diambil kira rakyat dalam membina semula negara katanya.

"Apabila ada kalangan pemimpin kerajaan sekarang terpalit dengan isu sijil tidak diiktiraf ia sesuatau yang perlu ditangani tetapi satu perkara yang amat penting adalah sikap berterus terang, jangan sesekali berbohong kepada rakyat", jelasnya.

Ini berdasarkan dari pengalamannya yang sebelum itu juga dipersoalkan tentang kelayakan sijilnya yang telah pun diberitahu kepada umum bahawa dia telah melanjutkan pelajaran ke luar negara, cuma gagal membawa pulang sijil ijazah pada ketika itu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.