Header Ads

Baru Berusia 7 Tahun - Bakal Gantikan Usain Bolt?


Rudolph Ingram, seorang kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun kini telah tersebar dengan kepantasannya yang dijangkakan mampu menggantikan lelaki terpantas dunia, Usain Bolt.

Kesungguhan yang ditampilkan oleh Rudolph atau Blaze ini dapat dilihat setelah berjaya mencipta rekod larian peribadinya dengan catatan masa 13.48 saat pada larian 100 meter. Manakala Usain Bolt memegang rekod 9.58 saat.


Blaze menjadi tumpuan ramai setelah bapanya telah memasukkan satu video di instagramnya yang menunjukkan aksi anak lelakinya itu berlari semasa pertandingan dan berjaya meninggalkan jauh pencabarnya.

Bapanya turut berkata ‘Proud To Say My Son Maybe The Fastest 7 Years Old In The World. To The Top Love All Those Hours Of Training Payed Off.’



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.