Header Ads

Apex Legends Kini Mempunyai Lebih 25 Juta Pemain Seluruh Dunia Dalam Masa Seminggu


Kini, nama permainan Apex Legends sudah mula menjadi bualan ramai penggemar permainan video. Mana tidaknya, tidak sampai beberapa minggu sejak ia dilancarkan, sudah mencapai angka 25 juta pemain dan 2 juta pemain untuk satu-satu masa sesi permainan.

Mod pertempuran yang dibawakan oleh Apex Legends adalah seakan permainan lain seperti Fortnite, PUBG dan Call Of Duty Black Ops yang memasukkan mod 'Battle Royale'.


Permainan yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan syarikat gergasi permainan video, Electronic Arts (EA) boleh didapati secara percuma menerusi tiga platform utama iaitu desktop, Playstation 4 dan XBOX.

Selain itu, Apex Legends turut melaporkan telah mempunyai lebih 10 juta pemain yang mempunyai rekod tempoh bermain 72 jam dan ia adalah satu pencapaian yang amat mengagumkan.


Jika Fortnite dan PUBG lebih berorientasikan kemahiran individu sepanjang sesi permainan, namun Respawn Entertainment bijak untuk memberi kelainan apabila Apex Legends lebih berkonsep kepada strategi sepasukan.


Respawn Entertainment berjanji untuk memperkenalkan lebih banyak peta dan persenjataan di masa depan dan pembangun permainan itu sedang giat mengembangkan lagi Apex Legends.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.