Header Ads

Anggota Bomba Dengar Perusuh Menjerit 'Pukul Bomba' - Inkues Adib


Lagi saksi mendakwa bahawa ada mendengar laungan suara sebanyak dua kali yang berkata 'pukul bomba'. Ini merupakan pendedahan terbaru berikutan dengan kejadian rusuhan Kuil Seri Maha Mariamman sehingga menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib.

Hari ini, seorang lagi saksi yang merupakan anggota bomba iaitu Mohd Sharol Anuar Kamaruddin, yang bertugas memadamkan kebakaran pada hari kejadian, dalam keterangan di Mahkamah Koroner hari ini, berkata beliau dapat mendengar laungan ancaman itu sebanyak dua kali ketika turun dari jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Ketika turun dari FRT, saya nampak tiga orang meluru ke arah saya diikuti sekumpulan lelaki lain tetapi tidak pasti berapa ramai ... mungkin dalam 100 orang.

“Pada waktu itu saya tergamam sebab kita nak pergi padam api tapi mereka macam ugut (hendak pukul).

“Tetapi saya tidak dapat cam siapa yang mengugut kami ketika itu,” katanya.

“Dalam keadaan kecoh itu, saya naik semula ke dalam FRT selepas memikirkan keselamatan diri dan ketika itu FRT mula berundur hendak meninggalkan kawasan rusuhan,” katanya.

Mohd Sharol berkata demikian menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah, dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.