Header Ads

Abdul Bari Asyraf Telah Dijumpai Berhampiran Muara Sungai

Sumber Gambar : TeganuKita

Akhirnya pasukan penyelamat telah menjumpai mangsa yang lemas di Sungai Terengganu berhampiran Pulau Warisan, Kuala Terengganu pagi tadi.

Mangsa yang dijumpai terapung berhampiran muara sungai jam 7.23 pagi tadi telah dibawa ke darat oleh anggota bomba dan penyelamat serta orang awam.

Bapa kepada Abdul Bari Asyraf, Mohd Mustafa dalam keadaan sugul tetapi tenang sebaik tiba di perkarangan Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu jam 8.45 pagi ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Abdul Bari Asyraf akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Merbau selepas solat Zohor.


Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf lemas apabila niat murninya membantu menyelamatkan lima individu yang hampir lemas di sungai berkenaan gagal apabila dia hilang dari permukaan air.

Dalam usahanya membantu, dia sempat menyelamatkan seorang daripada lima individu terbabit iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Abdul Bari Asyraf yang dalam keadaan lemah sempat menghulurkan kanak-kanak terbabit kepada orang awam yang berada di jeti berhampiran pulau berkenaan sebelum tenggelam.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.