Header Ads

Seorang Individu Mendakwa Gambar Dallah Dean Seperti Karya Dari Indonesia


Kini nama jurugambar dari Malaysia Abdullah Dean atau Dallah Dean dan Nazri Sulaiman menjadi bualan semua apabila gambar ‘Mowgli Malaysia’ yang dirakam telah memenangi pertandingan Image of Asia 2018 bagi kategori Street/People Photographer of The Year Asian Geographic.

Namun begitu, di sebalik kejayaan ini pasti ada individu yang cuba untuk meletakkan nama mereka di atas kejayaan seseorang. Ini setelah, ada seorang individu telah mengatakan bahawa gambar yang diambil Dallah Dean adalah dari inspirasi jurugambar terkenal Indonesia yang bernama Herman Damar.

Walaubagaimanapun, Dallah Dean menafikan perkara itu dan mengatakan dia tidak mengenali siapa individu bernama Herman Damar. Ini merupakan apa yang dijelaskan oleh Dallah Dean di akaun facebooknya.

Terima Kasih kepada En Uthman Daud atas posting tuan berkaitan saya....cuma secara jujur saya tk kenal individu bernama Herman Damar yg dimaksudkan...apatah lagi saya nk jadikan karyanya sebagai inspirasi saya...Saiful Nang saya tahu namanya namun tk pernah juga berkenalan atau mengikuti kelas anjuran beliau....setakat hari ni saya tiada seorang guru pun dari Indonesia...apapun terima kasih buat En Uthman Daud atas posting ini, cuma di masa hadapan pastikan maklumat tuan tepat atau sipi2 sebelum dimuatnaik....maafkan saya jika karya saya mengganggu emosi sesiapa...saya adalah saya....

Ramai rakan jurugambar dari Malaysia yang memberi sokongan pada Dallah Dean dan individu yang membuat dakwaan berkenaan sudah memadam kenyataan beliau berkenaan isu ini. Saiful Nang turut sempat berkongsi dan menjelaskan bahawa Uthman turut telah tersilap orang.




Dikuasakan oleh Blogger.