Header Ads

Semua Kakitangan Wanita CIMB Diberi Cuti Bersalin Enam Bulan


Ini mungkin berita baik buat kakitangan CIMB Group Holdings Bhd apabila pihaknya mengumumkan cuti bergaji selama enam bulan bagi kakitangan wanitanya yang melahirkan anak sulung.

Langkah ini telah bermula pada 1 Januari lalu dan ia melibatkan semua kakitangan wanita di negara ini dan turut di beri pilihan untuk mengambil manfaat berkenaan seawal 30 hari sebelum tarikh jangkaan kelahiran.

Kakitangan CIMB turut berpeluang untuk bercuti selama setahun untuk menjaga anak sulung mereka.

Datuk Hamidah Naziadin iaitu Ketua Pegawai Warga Kerja Kumpulan CIMB, dalam satu kenyataan berkata “Kami percaya dengan membenarkan ibu bapa kali pertama memiliki lebih masa untuk menyesuaikan diri dan merasai pengalaman positif bermakna bersama anak sulung di sam­ping mengekalkan kerjaya mereka,”.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.