Header Ads

Penganjur Dewi Remaja Akan Ambil Tindakan Terhadap Haneesya Hanee


Kini telah tersebar satu video menunjukkan seorang gadis mirip juara Dewi Remaja 2018 iaitu Haneesya Hanee serta dua lagi gadis mirip peserta program berkenaan iaitu Fazreen Fazera dan Erni Shahira yang dilihat sedang berparti sambil memegang gelas air yang dipercayai diisi dengan minuman keras.

Berikutan dengan itu, penganjur Dewi Remaja melalui instagram Nu Ideaktiv Sdn Bhd pemilik jenama berkenaan tampil memberikan kenyataan dan akan bertindak berkenaan isu ini.

“Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan yang sewajarnya akan diambil,” tulis kenyataan tersebut.

Walaubagaimanapun, Haneesya masih mendiamkan diri dan sehingga kini masih tidak memberikan jawapan samaada itu dirinya atau sebaliknya.

Sejak semalam, penularan video tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen. Rata-rata mereka mempersoalkan kredibiliti peserta Dewi Remaja yang diangkat sebagai ikon.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.