Header Ads

Pembikinan Klip Video Fazura Menelan Kos Paling Mahal


Pelakon dan Penyanyi wanita, Fazura kini telah mengeluarkan single terbarunya iaitu 'Can't Forget Me' dan dimaklumkan bahawa perbelanjaan pembikinan klip video single miliknya telah menelan kos yang paling besar dalam sejarah pembikinan klip video Universal Music Malaysia.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong yang tidak menyatakan kos sebenar pembikinan klip video itu, bagaimanapun berkongsi kos tersebut adalah bersamaan pembuatan empat klip video.

"Saya belum mendapatkan perangkaan rasmi kos pembikinan klip video Fazura. Apa yang boleh dikongsikan, klip video ini menelan perbelanjaan yang paling tinggi bersesuaian dengan status Fazura.

"Pihak Universal Music Video mempunyai pelbagai perancangan untuk Fazura. Ia termasuk membina nama Fazura bukan sahaja sebagai penyanyi, malah sebagai penulis," katanya.

Sesi tayangan klip video Can't Forget Me di Lightbox Sungai Buloh dan ia merupakan lagu ciptaan sulung Fazura dengan kerjasama Willy Beaman dan Cameron Forbes berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.