Header Ads

Pelanggan Yang Menggunakan Perkhidmatan MAS Diminta Berhati-hati


Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines hari ini menasihatkan pelanggannya agar berhati-hati dengan maklumat media dan laman web palsu yang kelihatan serupa seperti laman web rasmi mereka iaitu malaysiaairlines.com.

Ini berikutan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengwujudkan laman web palsu tersebut dan cuba mempengaruhi pelanggan mereka serta menawarkan tiket penerbangan percuma sebagai hadiah sebelum meminta maklumat peribadi mangsa.

"Malaysia Airlines menasihatkan pelanggan supaya berhati-hati apabila mendedahkan data peribadi kepada sumber yang tidak disahkan. Laman web, emel dan panggilan itu perlu ditentusahkan menerusi laman media sosial rasmi MAS, jika terdapat keraguan," katanya.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Powered by Blogger.